Sabtu, 21 March 2020 | 4:08pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

COVID-19: Angka kematian meningkat kepada empat

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan sejak malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat penularan wabak itu sebanyak empat kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kematian ke-empat itu membabitkan kes ke-238, lelaki warganegara Malaysia berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Katanya, mangsa dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

"Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di Unit Kawalan Rapi (ICU).

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 1.30 pagi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ia juga kematian kedua dalam tempoh 24 jam lalu selepas seorang mangsa kes ke-152, lelaki warganegara Malaysia berusia 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh dan dirawat di ICU, Hospital Tawau.

Kematian ketiga itu pada jam 6.27 petang 20 Mac dimaklumkan sebelum ini melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X