Khamis, 19 March 2020 | 3:50pm
Petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya menerima sumbangan makanan tengah hari daripada wakil Istana Negara, hari ini. - FB Istana Negara
Petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan, Putrajaya menerima sumbangan makanan tengah hari daripada wakil Istana Negara, hari ini. - FB Istana Negara

COVID-19: Agong 'belanja' petugas kesihatan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyumbang makanan tengah hari kepada petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Sumbangan semalam dan hari ini, masing-masing diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin serta wakil Istana Negara.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah turut menyampaikan salam dan penghargaan kepada semua petugas di CPRC di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjalankan tanggungjawab membendung penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Baginda mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas di atas pengorbanan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab membendung jangkitan wabak COVID-19. Seri Paduka juga berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera,” katanya.

Berita Harian X