Khamis, 19 March 2020 | 3:31pm

'Terima kasih China'

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berterima kasih kepada China susulan bantuan kepada Malaysia dalam usaha menangani penularan COVID-19.

Permintaan mendapatkan bantuan bagi membasmi COVID-19 dikemukakan kepada China yang dinyatakan ketika perbincangan antara Hishammuddin dan Duta China ke Malaysia, Bai Tian, Isnin lalu.

“Saya juga tulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, Wang Yi untuk dapatkan bantuan topeng muka, cecair pembasmi kuman, #COVID19 test kit dan lain-lain.

“Pagi ini, Kedutaan China di Malaysia maklumkan, bantuan pertama peralatan perubatan sudah dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

“Terima kasih kepada kerajaan China kerana tak tunggu lama untuk bantu. Teringat saya kata-kata Bai Tian masa kami jumpa hari tu - bukit sama didaki, lurah sama dituruni!,” katanya menerusi status di laman Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, kerajaan China dalam Facebooknya hari ini, memuat naik gambar penghantaran bekalan perubatan ke Hospital Sungai Buloh, dalam usaha membantu Malaysia menangani penularan wabak COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X