Isnin, 16 March 2020 | 11:07pm
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas COVID-19 yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan platform media sosial malam ini. - Foto BERNAMA

COVID19: Majlis Keselamatan Negara mesyuarat setiap hari pantau situasi - PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat terbabit dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

"Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai kawalan membendung COVID-19 yang disiarkan secara langsung, malam ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, di seluruh negara mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X