Jumaat, 13 March 2020 | 5:50pm

Agong titah pendekkan khutbah solat Jumaat

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini menitahkan semua masjid di negara ini supaya memendekkan khutbah solat Jumaat sebagai langkah bagi mencegah jangkitan coronavirus (COVID-19).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka turut menasihati pengurusan masjid supaya menyediakan alat pengimbas suhu, cecair pembasmi kuman (hand sanitizer), penutup mulut dan hidung bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat berwuduk dari rumah sebelum ke masjid dan individu yang mengalami gejala COVID-19, dinasihatkan tidak menghadiri solat Jumaat sebagaimana saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X