X
Rabu, 11 March 2020 | 11:30pm
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meninggalkan Istana Kinta selepas menyembah maklumkan mengenai peletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 10 Mac lalu. - Foto BERNAMA

Bekas EXCO dijangka menghadap Sultan Perak esok

IPOH: Tujuh daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, esok.

Menurut sumber, tujuh bekas EXCO daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menjunjung kasih ke atas Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini, pada jam 5 petang.

Semalam, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12, sekali gus menyaksikan pelucutan jawatan semua anggota EXCO berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. – BERNAMA

Berita Harian X