Selasa, 10 March 2020 | 6:50pm
Datuk Seri Tiong King Sing.
Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong King Sing tolak jawatan Timbalan Menteri?

KUALA LUMPUR: Ketiadaan nama Datuk Seri Tiong King Sing dalam senarai 38 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menimbulkan tanya tanya.

Ahli Parlimen Bintulu itu dipercayai menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dikatakan tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di Putrajaya.

Hanya 37 daripada 38 timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam hadir ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia.

Perdana Menteri melantik Datuk Halimah Mohamed Sadique menerajui Kementerian Perpaduan Negara.

Setakat ini, BH masih gagal menghubungi King Sing untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

Berita Harian X