Jumaat, 6 March 2020 | 4:40pm
Gambar fail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin (kannan) bersama ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim semasa hadir Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-14 di Dewan Sri Pinang, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah. - Foto Danial Saad

2 ADUN BERSATU Pulau Pinang kekal sokong PH

GEORGETOWN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pulau Pinang menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH).

BERSATU yang diwakili oleh dua ADUN iaitu dari Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim dan Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berikrar untuk meneruskan sokongan mereka buat kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Kedua-dua ADUN itu sepakat menyatakan mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Mei 2018 adalah bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi satu komponen Perikatan Nasional (PN) di pusat bersama BERSATU dan PAS.

“Sehubungan itu, kami akan terus memenuhi mandat yang diberikan oleh rakyat, kami bersama Pengerusi BERSATU Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahya akan menyokong kepemimpinan negeri, ” kata kedua-dua ADUN berkenaan.

Semalam, Kon Yeow meminta Zolkifly dan Khaliq Mehtab menjelaskan pendirian mereka, susulan keputusan BERSATU yang bertindak keluar daripada PH, baru-baru ini.

Gambar fail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). - Foto ihsan Buletin Mutiara

Daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, PH mempunyai 37 kerusi itu, sementara dua lagi adalah milik UMNO dan baki satu PAS.

Dengan keputusan dua ADUN BERSATU itu yang menyokong PH, ia mengekalkan status quo dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang, tetapi bertukar menjadi negeri pembangkag di peringkat pusat.

Ketika mempengerusikan mesyuarat EXCO Rabu lalu, Kon Yeow menyatakan kerajaan Pulau Pinang kembali berfungsi sebagai pembangkang susulan perubahan pentadbiran kerajaan Pusat.

Berita Harian X