X
Khamis, 5 March 2020 | 4:48pm
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. - Foto Abdullah Yusof
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. - Foto Abdullah Yusof

Musa Hassan dilantik Penasihat Keselamatan dan Pengawalseliaan WRP

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilantik sebagai Penasihat Keselamatan dan Pengawalseliaan WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP), syarikat pengeluar sarung tangan getah.

WRP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Musa dan pasukannya yang berpengalaman akan membantu Ahli Lembaga Pengarah menilai syarikat, sekutu dan anak syarikatnya dalam semua hal berkaitan peraturan dan keselamatan.

Katanya, perkembangan baharu itu membolehkan lembaga pengarah memperoleh satu lagi pencapaian penting untuk memastikan pemulihan yang cepat dan berkesan untuk syarikat berkenaan.

“Ahli Lembaga Pengarah yang mengambil alih syarikat pada Januari lalu menemui beberapa isu legasi.

“Penemuan ini dihasilkan dengan bantuan juruaudit forensik.

Antara isu dikemukakan ialah pencegahan pengawal selian dalam pengajian pekerja serta penyelewangan dana WRP.

“Ia dijangka memerlukan langkah penyelidikan dan pemulihan yang lebih mendalam bagi menjamin keberkesanan tindakan mereka,” katanya.

Pada Oktober 2019, Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan perintah sekatan pengeluaran (WRO) yang melarang sebuah syarikat negara ini daripada mengeksport sarung tangan getah pakai buang ke AS kerana mendakwa syarikat itu menggunakan buruh paksa.

Berita Harian X