Rabu, 4 March 2020 | 2:49pm
Bendera rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkibar megah di Istana Negara. -foto BERNAMA

Hari keputeraan Agong setiap Isnin pertama Jun

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi 2020 dipinda daripada Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan hari ini, berkata kerajaan juga bersetuju bahawa mulai 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Al- Sultan Abdullah, hari keputeraan rasmi seri paduka ialah pada Isnin pertama, Jun setiap tahun.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah ketika berangkat pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Dataran Istana Negara sebelum ini.Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.--foto BERNAMA

“Hari keputeraan rasmi ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” katanya. – BERNAMA

Berita Harian X