Ahad, 1 March 2020 | 6:06pm
Presiden Indonesia, Joko Widodo
Presiden Indonesia, Joko Widodo

Jokowi ucap tahniah kepada Muhyiddin

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, hari ini.

Ucapan tahniah itu disampaikan menerusi akaun Twitter jurucakap Jokowi, Fadjroel Rachman, @fjjjel.

“Presiden Jokowi mengucapkan tahniah di atas pelantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Insya-Allah beliau akan berjaya. Saya berharap hubungan baik antara kedua-dua negara akan sentiasa diberkati, ~ FR #Jubir #BungJubir @JubirPresidenRI @malaysiakini @bernamadotcom,” tweeted Fadjroel.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU pagi tadi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur pada jam 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu. – BERNAMA

Berita Harian X