Khamis, 27 Februari 2020 | 6:17pm
Perdana Menteri Interim, Mahathir Mohamad (tengah) bercakap semasa sidang akhbar selepas melancarkan rancangan rangsangan ekonomi yang bertujuan untuk memerangi kesan coronavirus novel COVID-19 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto AFP
Perdana Menteri Interim, Mahathir Mohamad (tengah) bercakap semasa sidang akhbar selepas melancarkan rancangan rangsangan ekonomi yang bertujuan untuk memerangi kesan coronavirus novel COVID-19 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto AFP

Pelaksanaan projek pembangunan akan dipercepat

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk memastikan kesinambungan pelaburan awam dan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan tahun ini, bagi meningkatkan lagi keyakinan masyarakat perniagaan.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi awam akan mempercepatkan projek pelaburan untuk 2020.

Antara lain, katanya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) akan membuka untuk bidaan janakuasa tenaga solar 1,400MW.

“Ini akan membabitkan pelaburan swasta bernilai RM5 bilion dan menjana pekerjaan untuk 25,000 pekerja.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melabur sebanyak RM3 bilion untuk kerja berkaitan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.

“GLC seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang untuk melabur sebanyak RM13 bilion, termasuk mempercepatkan projek seperti lampu

jalan LED, grid transmisi dan pemasangan panel solar bumbung,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi 2020 bertema “Memperkukuh keyakinan, merangsang pertumbuhan, melindungi pekerjaan” di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X