Khamis, 27 Februari 2020 | 5:26pm
Perdana Menteri Interim, Mahathir Mohamad berucap ketika dia melancarkan pelan rangsangan ekonomi, yang bertujuan untuk memerangi kesan coronavirus novel COVID-19, di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto AFP

Tiga langkah tangani impak COVID-19

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil tiga langkah pendekatan dalam strategi pertama menangani impak COVID-19.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah pertama adalah memudahkan aliran tunai iaitu mengurangkan kos perniagaan bagi syarikat yang terjejas oleh COVID-19, bantuan kepada individu yang terkesan dan merangsang permintaan dalam industri pelancongan.

“Antara impak serta merta terhadap ekonomi akibat penularan COVID-19 di peringkat serantau adalah penurunan kedatangan pelancong. Kesan yang lebih ketara turut membabitkan hotel, penerbangan, syarikat pelancongan dan ke atas industri peruncitan secara meluas,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapan pakej rangsangan ekonomi 2020 bertema “Memperkukuh keyakinan, merangsang pertumbuhan, melindungi pekerjaan” di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X