Khamis, 27 Februari 2020 | 12:16pm

Dr Mahathir selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

Beliau dilihat keluar dari Istana Negara melalui Pintu, kira-kira 1 pada jam 12 tengah hari tadi.

Difahamkan Dr Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong selama 70 minit dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan.

Beliau sempat melambaikan tangan dan tersenyum kepada lebih 50 petugas media yang menunggunya di luar pintu utama.

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi. - Foto Aswadi Alias
PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi. - Foto Aswadi Alias
Berita Harian X