Rabu, 26 Februari 2020 | 3:44pm

IMR sedia bantu negara lain bagi pengesanan virus

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bersedia membantu jika ada negara lain yang memerlukan bantuan makmal bagi pengesanan COVID-19 serta virus baharu lain.

Pengarahnya, Dr Tahir Aris, berkata institusi yang ditubuhkan kira-kira 100 tahun lalu, menjadi makmal rujukan kebangsaan untuk penyakit disebabkan virus novel, virus berulang dan virus baru muncul.

Katanya, pihaknya sentiasa bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan virus di negara ini selain COVID-19 serta virus baharu muncul.

“Misalnya, ketika ini kita menjalankan proses dan prosedur ujian pengesanan COVID-19 daripada sampel yang didapati positif dengan mengambil masa dalam tempoh lima hingga enam jam sahaja.

“Malah, makmal ini bersiap siaga dan mempunyai kapasiti makmal bagi penularan kebanyakan virus yang mempunyai kepentingan pengesanan awam seperti e-bola, marburg, lassa, novel coronavirus, yellow fever, virus west nile, virus riff valley, rabies dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan taklimat kepada media mengenai proses dan prosedur ujian pengesanan makmal Covid-19 di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (IDRC) IMR, Dr Norazah Ahmad dan Ketua Unit Virologi IDRC IMR, Dr T Ravindran.

Langkah-langkah berikut selepas penyahaktifan virus membabitkan pengambilan Asid Ribonuklik (RNA) dari sampel klinikal, menyediakan reagen Reaksi Berantai Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) masa nyata serta ujian masa nyata RT-PCR Covid-19 seperti yang dilihat semasa Lawatan Media Kemudahan di IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA

Sampel klinikal dari hospital diterima di kaunter ini sebelum direkodkan ke dalam pangkalan data seperti mana yang ditunjukkan pada Lawatan Media Kemudahan IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA

Dr Haris berkata, IMR memulakan persiapan awal prosedur operasi standard (SOP) bermula 3 Januari sebagai persediaan mengesan novel coranavirus di mana ia menggunakan kaedah Conventioal RT-PCR.

Katanya, kemudian ada saintis dari China berkongsi maklumat genetik coronavirus itu dengan mengklasifikasikan ia COVID-19 dalam pangkalan dataguna sama, seterusnya membolehkan pegawai virologi merekacipta urutan reagen secara spesifik COVID-19.

“Apabila terdapat maklumat yang mengatakan kebarangkalian kemunculan virus baharu, Unit Virologi sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan ia (virus) sampai ke Malaysia.

“Bagi memastikan IMR mematuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perbandingan dilakukan antara ujian IMR dan Covid-19 WHO.

“IMR kini menggunakan ujian COVID-19 WHO sebagai ujian utama untuk mengesahkan jangkitan COVID-19 dan kaedah IMR sebagai sokongan,” katanya.

Katanya, memandangkan IMR menjadi rujukan, pihaknya sudah melatih 12 hospital di seluruh negara dan lima makmal kesihatan awam serta empat makmal di Sabah, Johor, Perak dan Kelantan untuk menjalankan kajian ini.

“Bagaimanapun, IMR yang membuat pengesahan ujian daripada sampel yang dihantar daripada fasiliti itu iaitu mengambil masa kurang daripada 24 jam,” katanya.

Sampel klinikal dari hospital diterima di kaunter ini sebelum direkodkan ke dalam pangkalan data seperti mana yang ditunjukkan pada Lawatan Media Kemudahan IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA
Sampel klinikal dari hospital diterima di kaunter ini sebelum direkodkan ke dalam pangkalan data seperti mana yang ditunjukkan pada Lawatan Media Kemudahan IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA
Langkah-langkah berikut selepas penyahaktifan virus membabitkan pengambilan Asid Ribonuklik (RNA) dari sampel klinikal, menyediakan reagen Reaksi Berantai Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) masa nyata serta ujian masa nyata RT-PCR Covid-19 seperti yang dilihat semasa Lawatan Media Kemudahan di IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA
Langkah-langkah berikut selepas penyahaktifan virus membabitkan pengambilan Asid Ribonuklik (RNA) dari sampel klinikal, menyediakan reagen Reaksi Berantai Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) masa nyata serta ujian masa nyata RT-PCR Covid-19 seperti yang dilihat semasa Lawatan Media Kemudahan di IMR di Institusi Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X