Rabu, 26 Februari 2020 | 1:21pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Semua 56 ADUN diminta menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini diminta menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada jam 2 petang ini.

Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan di Bukit Timbalan, di sini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mazlan Bujang, ketika dihubungi mengesahkan menerima notis jemputan menghadap berkenaan.

"Betul, tetapi saya tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan dan saya difahamkan ramai juga tidak dapat hadir berikutan notis singkat dikeluarkan jam 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Istana Johor berkenaan perkara terbabit.

Agihan kerusi DUN Johor ketika ini terdiri daripada UMNO (14), DAP (14), BERSATU (11), AMANAH (sembilan), PKR (lima), MIC (dua) dan PAS (satu).

Berita Harian X