Isnin, 24 Februari 2020 | 5:53pm

'Terima kasih, Istana Negara'

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 petugas media yang ‘berkampung’ di dua pintu di Istana Negara sejak pagi tadi bagi membuat liputan pergolakan politik semasa, menerima kejutan apabila dijamu dengan makanan segera oleh pegawai Istana.

Kotak berisi ayam goreng disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim kepada wakil media di dua pintu Istana Negara, petang tadi.

Ingatan pihak Istana Negara itu melegakan petugas media yang rata-ratanya menahan lapar sejak pagi bagi membuat liputan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik semasa.

Dr Mahathir yang tiba pada jam 4.40 petang tadi dengan kereta PROTON Perdana masih berada dalam istana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Petugas Istana Negara mengedarkan makanan kepada petugas media yang membuat liputan kecelaruan politik negara di situ.
Petugas Istana Negara mengedarkan makanan kepada petugas media yang membuat liputan kecelaruan politik negara di situ.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X