Isnin, 24 Februari 2020 | 2:39pm
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar, Wan Azizah menghadap Agong di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kereta jenis Lexus yang membawa Anwar tiba di perkarangan Istana Negara melalui pintu dua pada jam kira-kira 2.30 petang.

Kira-kira 10 minit kemudian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut memasuki di Istana Negara menerusi pintu dua dengan menaiki sebuah Proton Perdana.

Anwar dan Azizah yang juga Penasihat PKR, menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan berhubung perkembangan politik semasa dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua pemimpin PKR itu tiba di Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat khas parti itu di Petaling Jaya.

Pagi tadi, Anwar bersama Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga sempat mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman peribadi beliau di The Mines.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X