X
Ahad, 23 Februari 2020 | 9:46pm
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Magrib di pekarangan rumah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut. Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Magrib di pekarangan rumah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut. Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Laungan reformasi mula bergema

KUALA LUMPUR: Laungan 'refomasi' dan 'Hidup Anwar' berkumandang di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Turut kedengaran laungan ' lawan tetap lawan'. Laungan 'reformasi' sudah lama tidak kedengaran sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ketika ini lebih 300 hadirin yang dipercayai pengikut Anwar berkumpul di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Berita Harian X