Jumaat, 7 Februari 2020 | 10:39am
KEADAAN pesakit Coronavirus yang dikuarantin di Hospital. - Foto AFP
KEADAAN pesakit Coronavirus yang dikuarantin di Hospital. - Foto AFP

China kesan 3,143 kes jangkitan baharu coronavirus

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,143 kes jangkitan baharu coronavirus dilaporkan berlaku meliputi 31 wilayah serta Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang, China, dengan 636 kes kematian direkodkan setakat semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan Kedutaan China di Malaysia, menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,622 kes direkodkan di Hubei, wilayah yang paling teruk terkesan dengan jangkitan berkenaan.

“Sehingga semalam, Suruhanjaya Kesihatan China menerima seramai 31,161 pesakit yang disahkan dijangkiti coronavirus, sementara 1,540 daripadanya dibenarkan keluar dari hospital.

“Di Wilayah Hubei sendiri, sebanyak 962 kes baharu dan 73 kematian masing-masing satu di Jilin, Henan, Guangdong dan Hainan dilaporkan sementara menerima 4,833 kes baharu disyaki,” katanya.

Sehingga semalam, suruhanjaya itu menerima 31,161 kes yang disahkan dengan 1, 540 dibenarkan keluar dari hospital.

Berita Harian X