Isnin, 27 Januari 2020 | 8:45pm
Topeng muka mendapat permintaan tinggi susulan penularan wabak coronavirus baharu (2019-nCoV). - Gambar hiasan
Topeng muka mendapat permintaan tinggi susulan penularan wabak coronavirus baharu (2019-nCoV). - Gambar hiasan
Pelancong memakai topeng muka ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini. - foto BERNAMA
Pelancong memakai topeng muka ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini. - foto BERNAMA
Sebahagian kakitangan Hotel Adya Langkawi di Pantai Chenang memakai topeng muka. - Foto STR/Hamzah Osman
Sebahagian kakitangan Hotel Adya Langkawi di Pantai Chenang memakai topeng muka. - Foto STR/Hamzah Osman

KPDNHEP ingatkan peniaga jangan naikkan harga topeng muka

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah susulan penularan wabak coronavirus baharu (2019-nCoV).

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abdul Aziz, berkata tindakan tegas itu akan dibuat menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Muez berkata, ada lima jenis topeng yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal seperti diperuntukkan di bawah akta sama.

Seorang wanita dilihat menjual topeng muka kepada orang ramai ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
Seorang wanita dilihat menjual topeng muka kepada orang ramai ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA

“Sebarang perlanggaran peruntukan akta ini bagi semua jenis topeng muka yang dinyatakan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang wanita dilihat menjual topeng muka kepada orang ramai ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
Seorang wanita dilihat menjual topeng muka kepada orang ramai ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA

Muez berkata, bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihitiga3 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.00.

“Syarikat pula boleh didenda hinga RM500,000 atau dikompaun hingga RM250,000.

“Bagi topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan harga maksimum, kementerian masih mempunyai kuasa mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

KPDNHEP sudah menjalankan pemantauan berterusan dengan mengarahkan 2,300 pegawai penguat kuasa untuk membuat pemeriksaan seluruh negara.

Lima jenis topeng muka barangan harga terkawal.

(i) Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) - Harga borong RM5 sekotak , harga runcit RM7 sekotak

(ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) - Harga Borong RM8 sekotak, harga runcit RM10 dan RM0.20 sen seunit

(iii)Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) - harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit

(iv) Topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala) - harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit

(v) Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 - harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6 seunit

Berita Harian X