Selasa, 17 Disember 2019 | 4:50pm
Maszlee hari ini melawat 11 pusat pemindahan sementara bagi penduduk Simpang Renggam, Johor yang terjejas akibat banjir.

Kementerian ada SOP kalau banjir berlarutan babitkan sekolah

KLUANG: Kementerian Pendidikan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tersendiri terhadap sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya musim banjir berterusan ketika sesi persekolahan dijalankan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata pihaknya akan mengikut SOP yang tersedia itu sekiranya banjir melanda beberapa negeri berlarutan memandangkan sesi persekolahan baharu akan bermula dalam dua minggu lagi.

“Pihak sekolah sudah ada SOP tersendiri bagaimana menghadapi situasi banjir itu agar sesi pembelajaran tidak terganggu,” katanya kepada pemberita selepas ketika melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Simpang Renggam, dekat sini, hari ini.

Maszlee turut mengadakan lawatan di beberapa lagi PPS dalam kawasan Simpang Renggam iaitu Dewan Parit Hassan, Balai Islam Kampung Parit Haji Basri pada sebelah pagi.

Maszlee hari ini melawat 11 pusat pemindahan sementara bagi penduduk Simpang Renggam, Johor yang terjejas akibat banjir.
Maszlee hari ini melawat 11 pusat pemindahan sementara bagi penduduk Simpang Renggam, Johor yang terjejas akibat banjir.

Pada sebelah petang pula, beliau dijangka melawat Dewan Ithnin Maarof, Balai Raya Parit Haji Hashim, Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Islam Masjid Kampung Batu, SK Sri Maju Jaya, Balai Islam Kampung Jaya Sepakat, Sekolah Agama (SA) Layang-Layang dan SK Seri Kampung Renggam.

Mengulas berkaitan situasi banjir di kawasannya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bagi menjaga kebajikan mangsa di PPS.

Katanya, pihaknya juga akan memastikan sistem perparitan di kawasan itu yang sering terjejas banjir, akan dibersihkan termasuklah dengan isu sampah yang sering dikaitkan dengan masalah berkenaan.

“Bermula tahun hadapan, kita akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memastikan sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah banjir ini.

“Kita juga akan pastikan sungai dan parit akan dalam kawasan Simpang Renggam ini akan dibersihkan daripada sampah agar ia tidak tersumbat,” katanya. - BERNAMA

Penduduk kampung menggunakan sampan untuk meredah air banjir di Parit 3B Kampung Sungai Linau, Kluang. - Foto BERNAMA
Penduduk kampung menggunakan sampan untuk meredah air banjir di Parit 3B Kampung Sungai Linau, Kluang. - Foto BERNAMA

Berita Harian X