Ahad, 15 Disember 2019 | 8:22pm

Amaran hujan lebat berterusan di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terbabit di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan hari ini, berkata notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal sehingga tempoh sama.

Notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka. – BERNAMA

Berita Harian X