Selasa, 10 Disember 2019 | 3:59pm
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA

Agong, Raja Permaisuri rakam ucapan takziah kepada TPM, keluarga

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan keluarga atas pemergian bapanya, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka berdua yang kini berada di London, untuk rangka lawatan khas ke United Kingdom sehingga 16 Disember, berharap Dr Wan Azizah dan seluruh keluarga tabah menghadapi suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ismail, 93, meninggal dunia pada 2.30 pagi tadi akibat sakit tua.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Mariah Khamis, empat anak perempuan termasuk Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki. – BERNAMA

Berita Harian X