Isnin, 2 Disember 2019 | 10:00am
SALAHUDDIN bergambar bersama ahli mesyuarat pengurusan tertinggi MOA pada majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
SALAHUDDIN bergambar bersama ahli mesyuarat pengurusan tertinggi MOA pada majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin

HPPNK capai sasaran, rekod transaksi hampir RM30 juta

JOHOR BAHRU: Penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) selama empat hari, dilihat mencapai objektif mendekatkan sektor berkaitan dengan masyarakat setempat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata seramai 430,000 pengunjung direkodkan hadir ke Ekspo HPPNK yang berlangsung di Angsana Mall, sehingga jam 10 pagi semalam.

“Sehingga jam 10 pagi tadi (semalam), jumlah transaksi jualan secara tunai yang direkodkan di HPPNK 2019 adalah bernilai RM6 juta, manakala menerusi kredit dan Memorendum Perjanjian Persefahaman (MoU) bernilai RM20 juta.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar bersama haiwan ternakan yang dipamerkan pada HPPNK di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar bersama haiwan ternakan yang dipamerkan pada HPPNK di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin

ORANG ramai mengambil peluang melihat ternakan yang disediakan di laman ternakan sempena pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin
ORANG ramai mengambil peluang melihat ternakan yang disediakan di laman ternakan sempena pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Johor Bahru, semalam. NSTP/Mohd Azren Jamaludin

“Jumlah ini dijangka mampu mencecah dan mencapai sasaran ditetapkan, iaitu RM30 juta menjelang tengah malam nanti, berikutan hari ini (semalam) Ahad dan rakan kita dari Singapura dapat hadir membeli-belah di HPPNK,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan HPPNK, di sini, semalam.

HPPNK yang berlangsung selama empat hari bermula 1 Disember hingga semalam, meneruskan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ selain menampilkan 350 usahawan terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara.

Sementara itu, Laman Ternakan di Ekspo HPPNK terus menjadi tumpuan orang ramai, antaranya dengan pertunjukkan ‘lembu sado’ selain pelbagai spesies haiwan ternakan dalam industri ruminan negara.

Sebanyak 15 lembu sado zon Selatan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dipamerkan buat pengunjung ekspo HPPNK 2019, yang melabuhkan tirainya semalam.

Semua lembu sado dari baka Brangus, Charolais, Limousine dan Belgian Blue itu turut bertanding bagi merebut kejuaraan Lembu Sado Peringkat Zon Selatan 2019.

Berita Harian X