Rabu, 27 November 2019 | 9:20am
Bekas wartawan BH, Hambali Abdul Latiff meninggal dunia, awal pagi tadi.

Bekas wartawan BH, penerima Anugerah Kajai meninggal

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan pemenang Anugerah Kajai 1983, Hambali Abdul Latiff, 65, meninggal dunia, awal pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 4.30 pagi di kediamannya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.

Anak Allahyarham, Irfan Rafiqin, mengesahkan berita sedih itu menerusi muat naik di Facebooknya, pagi ini.

“Salam kepada yang mengenali Hambali Abdul Latiff. Saya selaku anaknya meminta ampun, doa dan halalkan hutang serta makan minumnya (bagi pihak arwah).

“Beliau (Allahyarham) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.30 pagi ini.

“Arwah ayah menghidap beberapa penyakit seperti berkaitan jantung dan komplikasi buah pinggang," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim pada jam 10.45 pagi.

Pada 1983, Hambali mencipta sejarah apabila menjadi wartawan BH pertama memenangi Anugerah Kajai dengan laporan berjudul ‘Meninjau Kehidupan dan Masalah Pekan Koboi di Rengit’.

Anugerah Kajai ialah anugerah tertinggi dalam senarai anugerah tahunan Institut Akhbar Malaysia (IAM).

Berita Harian X