Sabtu, 16 November 2019 | 5:48pm

Tanjung Piai: Keputusan dijangka sebelum 10 malam

PONTIAN: Semua 27 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ditutup tepat jam 5.30 petang ini selepas dibuka pada jam 8 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan pengundi keluar mengundi setakat jam 4 petang ialah 70 peratus.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, semua peti undi daripada 125 saluran akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini untuk pengiraan dan keputusan dijangka diumumkan sebelum 10 malam ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH) dari BERSATU, Karmaine Sardini; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan calon (GERAKAN), Wendy Subramaniam.

Turut bertanding Presiden BERJASA, Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, Allahyarham Datuk Md Farid Md Rafik memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai adalah pilihan raya kecil kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14, Mei tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun (kiri) bersama Penyelia Pusat Mengundi SMK Sri Kukup Kahar Muzafar Dollah (tengah) ketika memantau proses pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di SMK Sri Kukup hari ini. - Foto BERNAMA

Pengundi berlari memasuki perkarangan sekolah sebelum Pusat Mengundi ditutup pada jam 5.30 petang bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bin Chong, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Petugas SPR menutup pagar sekolah selepas waktu mengundi tamat pada jam 5.30 petang di pusat mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bin Chong, Pontian. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X