Sabtu, 16 November 2019 | 11:38am
PENYOKONG parti bertanding meraih undi di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENYOKONG parti bertanding meraih undi di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Petugas parti diingatkan jangan berkempen - SPR

PONTIAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta penyokong dan petugas parti, menghentikan sebarang usaha meraih undi berhampiran lokasi pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata setakat ini tiada aduan, mengenai pembukaan barung panas kecuali pemerhatian mendapati ada penyokong bersorak di luar pusat pengundian tetapi suasana amat terkawal.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan dan akan bertindak menghentikan sebarang tindakan luar kawalan yang boleh menjelaskan perjalanan pengundian.

“Saya keluar (tinjauan) tiada yang adakan aktiviti positif kempen, cuma ada bersorak, tidak nampak aktiviti aktif, aktiviti meraih undi di mana-mana pun tidak boleh.

PENYOKONG parti bertanding meraih undi di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - Foto Mohd Azren Jamaludin
PENYOKONG parti bertanding meraih undi di Sekolah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian. - Foto Mohd Azren Jamaludin

“Kalau kibar bendera atau pakai baju parti kena luar 50 meter,” katanya selepas meninjau proses pengundian, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Yunos Sulaiman, di sini, hari ini.

Azhar Azizan berkata, setakat ini proses PRK Parlimen Tanjung Piai, yang bermula 8 pagi tadi, berjalan lancar tanpa sebarang insiden serius berlaku.

Beliau turut menyeru pengundi supaya keluar awal untuk mengundi susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku ribut petir pada sebelah petang.

SPR menjangkakan 70 peratus daripada keseluruhan 52,471 pengundi di Parlimen Tanjung Piai, menunaikan tanggungjawab mereka, hari ini.

“Berdasarkan tinjauan di saluran empat dan lima, ramai juga pengundi dalam kalangan orang muda di mana kita tidak boleh simpulkan bahawa orang tua sahaja keluar mengundi,” katanya.

Berita Harian X