Khamis, 14 November 2019 | 5:33pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (tengah) bertemu dengan ibu bapa murid semasa hadir pada Hari Anugerah Apresiasi Murid dan Guru Sekolah 2019, di Sekolah Kebangsaan Jerantut. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Saya pun tertakluk kepada undang-undang - KPN

JERANTUT: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak ada masalah jika Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) mempunyai kuasa menyiasatnya.

“Saya rela disiasat jika saya buah salah. Tiada masalah bagi saya kerana undang-undang sama. Tiada masalah bagi saya, kalau tiada IPCMC pun jika ada aduan salah laku dilaporkan saya rela disiasat jika saya buat kesalahan selaku KPN.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kanan) hadir pada Hari Anugerah Apresiasi Murid dan Guru Sekolah 2019 di Sekolah Kebangsaan Jerantut. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

“Saya warganegara Malaysia, tertakluk kepada undang-undang yang sama, apa istimewanya Ketua Polis Negara sehingga boleh tangkap orang, bunuh orang, rogol orang, cekik orang dan berbuat sesuatu di luar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media bahawa IPCMC itu juga nanti akan diberi kuasa untuk menyiasat Ketua Polis Negara.

“Kalau dah kata kerajaan atau pihak Parlimen nyatakan perlu ada klausa (siasatan), silakan, saya tidak akan bantah, saya tak gentar, kalau tak buat salah apa nak ditakutkan walaupun undang-undang itu sampai ke bulan dan bintang,” katanya.

Beliau hadir pada Hari Anugerah 2019, Apresiasi Murid dan Graduasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut di sini hari ini.

Abdul Hamid juga alumni sekolah itu bagi sesi 1966 hingga 1970 ceria kembali ke sekolah itu selepas hampir 50 tahun meninggalkannya.

Tan Sri Abdul Hamid Bador (tiga dari kiri) bersama Guru Besar SK Jerantut, Abu Kasim Abd Rahman (empat dari kanan) bergambar bersama murid cemerlang selepas majlis Hari Anugerah Apresiasi Murid dan Guru Sekolah 2019 di Sekolah Kebangsaan Jerantut. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Hadir sama, Guru Besar sekolah itu, Abu Kasim Abd Rahman dan juga Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut, Dr Azman Uzir.

Sementara itu mengulas keperluan permit untuk kempen rumah ke rumah atau tinjauan mesra (walkabout) dalam pilihan raya, beliau menegaskan ia tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak.

Berita Harian X