Khamis, 14 November 2019 | 5:28pm
JURUGAMBAR NSTP, Iqmal Haqim Rosman menunjukkan Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang yang membawa pulang RM2,000 dan sijil penghargaan sempena Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek

Wartawan, jurugambar NSTP raih anugerah

SEREMBAN: Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) meraih dua anugerah pada Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019, hari ini.

Wartawan BH, Mohammad Ifwan Tun Tuah, memenangi kategori Anugerah Rencana Pembangunan Negeri Sembilan (Individu) menerusi rencana bertajuk ‘Tetas Telur Penyu Dalam Pasir Sungai’.

Jurugambar NSTP, Iqmal Haqim Rosman pula memenangi kategori Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang.


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan Anugerah Kewartawanan Jurufoto Cemerlang kepada Jurugambar NSTP, Iqmal Haqim Rosman yang membawa pulang RM2,000 dan sijil penghargaan sempena Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. - Foto Adzlan Sidek

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memenangi Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan dan meraih kategori Televisyen dan Radio Cemerlang.

Anugerah Kewartawanan Media Cetak Cemerlang dimenangi The Star manakala Anugerah Kewartawanan Rencana Cemerlang oleh Nanyang Siang Pau.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Berita Harian X