Ahad, 10 November 2019 | 1:34pm
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan melawat ruangan pameran dan jualan ketika berangkat ke Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan 2019 dan Majlis Pengurniaan Hadiah 9 to 5 Run Half Marathon di Perkarangan Istana Kehakiman. - FOto BERNAMA

Agong lawat Karnival Usahawan Koperasi

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan.

Keberangkatan baginda pada jam 9.30 pagi disambut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Al-Sultan Abdullah diiringi Mohd Redzuan turut berkenan meluangkan masa menyantuni golongan asnaf dan gerai koperasi yang menyertai pameran di karnival itu.

Sejurus itu, Al-Sultan Abdullah mengurniakan hadiah kepada peserta acara 9to5 Run Half Marathon. Seramai 10,000 peserta menyertai larian maraton dan mula membanjiri perkarangan Istana Kehakiman di sini seawal 6 pagi.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan beramah mesra ketika berangkat ke Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan 2019 dan Majlis Pengurniaan Hadiah 9 to 5 Run Half Marathon di Perkarangan Istana Kehakiman. - Foto BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) berkenan beramah mesra bersama Persatuan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy pada Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan 2019 dan Majlis Pengurniaan Hadiah 9 to 5 Run Half Marathon di Perkarangan Istana Kehakiman. - Foto BERNAMA

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan bergambar kenangan bersama Persatuan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy pada Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan 2019 dan Majlis Pengurniaan Hadiah 9 to 5 Run Half Marathon di Perkarangan Istana Kehakiman. - Foto BERNAMA

Karnival Usahawan Koperasi MED yang diadakan tiga hari bermula Jumaat lalu, merekodkan jualan lebih RM150,000 selain menarik lebih 20,000 pengunjung dari sekitar Putrajaya dan Lembah Klang.

Karnival berkenaan menghimpunkan pelbagai produk dan perkhidmatan awam yang ditawarkan oleh koperasi daripada kluster mikro, kecil, sederhana dan besar.

Selain itu, sesi BizOpp yang diadakan ketika berlangsungnya karnival memberi manfaat kepada lebih 200 peserta untuk mempelajari sistem perniagaan daripada pengasas jenama besar seperti The Manhattan Fish Market, Chatime dan Al-Ikhsan Sports. – BERNAMA

Berita Harian X