Khamis, 31 Oktober 2019 | 7:37pm
Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Eizairi Shamsudin
Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen. - Foto Eizairi Shamsudin

Larian amal bantu golongan memerlukan

KUALA LUMPUR: Satu larian amal anjuran Hasani Group of Companies akan diadakan bulan depan bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Tabung Food Bank Malaysia.

Larian itu yang dijadualkan berlangsung pada 14 Disember di Dataran Merdeka, dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini, semalam.

Pada majlis itu, enam syarikat korporat menyumbang RM13,000 kepada Tabung Food Bank Malaysia.

Berucap di majlis itu, Saifuddin Nasution berharap orang ramai menyertai larian berkenaan bagi menjayakan inisiatif kementerian untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Kami juga mengalu-alukan pembabitan pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bagi menjalankan misi kementerian menyelamatkan lebihan makanan dan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau juga percaya semangat sukarelawan dapat dibentuk menerusi program itu.

“Saya berharap inisiatif seperti ini dapat diperluaskan dengan pembabitan lebih banyak pihak pada masa akan datang,” katanya.

Berita Harian X