Jumaat, 25 Oktober 2019 | 6:29pm
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

RON97 turun 9 sen; RON95, diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sembilan sen seliter daripada RM2.68 kepada RM2.59, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini hingga 1 November depan.

Kementerian Kewangan, menerusi kenyataan petang tadi, memaklumkan dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh itu adalah berjumlah RM87.28 juta.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.29 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.38 seliter dan diesel pada RM2.31 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Berita Harian X