Rabu, 9 Oktober 2019 | 12:47pm
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin menyampaikan Anugerah Emas Menteri Pendidikan kepada Muhasabah di kampus USIM, Nilai Negeri Sembilan.
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Mohamed Ridza Wahidin menyampaikan Anugerah Emas Menteri Pendidikan kepada Muhasabah di kampus USIM, Nilai Negeri Sembilan.

43,930 graduan TVET sejak 2016

KUALA LUMPUR: Seramai 43,930 graduan dengan kemahiran dilahirkan sejak Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) dilaksanakan pada 2012 untuk memartabatkan pendidikan vokasional sebagai aliran perdana.

Selain Kolej Vokasional (KV), institusi lain yang menawarkan program kemahiran ialah institut latihan kemahiran swasta (ILKS) dan institut latihan perindustrian (ILP).

Pada 2016 seramai 2,273 graduan dari 15 KV mencipta sejarah menjadi kumpulan pertama menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal di peringkat Diploma Pendidikan Malaysia.

Ini diikuti seramai 12,997 graduan pada 2017 dan tahun lalu mencakupi 14,273 graduan meliputi 98 institusi, termasuk ILP dan ILKS.

Tahun ini pula seramai 14,387 graduan daripada 101 institusi pendidikan termasuk KV, ILKS dan ILP menerima Diploma Vokasional Malaysia.

Majlis Konvokesyen KV Malaysia kali keempat berlangsung di tiga zon iaitu Sarawak, Sabah dan Semenanjung bulan ini.

Sempena konvokesyen itu Anugerah Emas Menteri Pendidikan dianugerahkan kepada graduan Program Pemprosesan Makanan dari KV (Pertanian) Teluk Intan, Muhasabah Mohad Shukri yang menerima sijil, jam tangan, plak dan wang tunai RM5,000.

Bahagian Pendidikan Latihan, Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pendidikan melakukan perancangan dan pelaksanaan teliti dalam Transformasi Pendidikan Vokasional bagi memastikanKVmelahirkangraduan berkualiti.

Kualiti berkenaan mencakupi kebolehpasaran, kebolehkerjaan dan kebolehgajian yang tinggi bagi melahirkan graduan peringkat diploma serta berakhlak dan bersahsiah tinggi.

Berita Harian X