Isnin, 7 Oktober 2019 | 3:17pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. - NSTP/Rosela Ismail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. - NSTP/Rosela Ismail

Kerajaan bentang RUU mansuh Antiberita Tidak Benar sekali lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini sekali lagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 selepas ditolak Dewan Negara pada September tahun lalu.

RUU itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dengan bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan sama.

Selain RUU memansuhkan Akta Antiberita tidak benar, kerajaan turut membentangkan RUU Perlindungan Penderma Makanan 2019, RUU Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019, RUU Mata Wang 2019 dan RUU Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019.

Dalam persidangan Dewan Negara pada September tahun lalu, RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 ditolak selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali kedua.

RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos tahun lalu selepas bacaan kali ketiga.

Berita Harian X