Selasa, 24 September 2019 | 5:13pm
FOTO sekitar Kampung Baru. - Foto BERNAMA
FOTO sekitar Kampung Baru. - Foto BERNAMA

Letak harga rizab Melayu terlalu rendah tak adil

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan alternatif memajak tanah rizab Melayu di Kampung Baru daripada pemilik masing-masing daripada membelinya di bawah harga pasaran.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Amirhamzah Karim, berkata langkah itu bagi menjamin warisan tanah itu kekal dalam pemilikan kaum asal seperti diamalkan oleh negara maju, termasuk Singapura.

“Kaedah pajak lebih tepat kerana kerajaan boleh memajak dari pemilik tanah selama 60 tahun dan membangunkannya,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, DPMM percaya bahawa tiada keperluan untuk menjual tanah itu.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata beliau akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet hari ini, di mana mereka akan membincangkan kadar harga yang ditawarkan kepada dermawan dan pemilik tanah Kampung Baru.

Amirhamzah Karim, berkata tawaran kerajaan sebanyak RM850 sekaki persegi untuk membeli tanah Kampung Baru menimbulkan persoalan selepas nilai semasa tanah itu dikatakan melebihi RM2,000 sekaki persegi.

Sabtu lalu, BH melaporkan pemilik tanah di Kampung Baru ditawarkan harga RM850 setiap kaki persegi atau RM6 juta bagi lot 8,000 kaki persegi untuk pembangunan semula.

Harga itu tidak termasuk nilaian harga struktur bangunan di atas tanah yang akan dikaji semula oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Khalid ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan menawarkan kadar maksimum berdasarkan penilaian harga dibuat JPPH.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X