Rabu, 18 September 2019 | 8:29am
Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) kelihatan jerebu. - Foto Mikail Ong
Ibu bapa dan waris membawa pulang anak-anak mereka selepas pihak sekolah menutup sesi persekolahan susulan keadaan jerebu yang serius di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan Balik Pulau mencatatkan tahap sangat tidak sihat mulai jam 7 pagi iaitu IPU 203. - Foto ihsan Pembaca

Balik Pulau catat bacaan IPU sangat tidak sihat

GEORGETOWN: Balik Pulau mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat pagi ini dengan bacaan 211 setakat jam 8 pagi tadi.

Bacaan itu meningkat daripada 204 pada jam 7 pagi.

Tiga lagi kawasan iaitu Minden, Seberang Perai dan Seberang Jaya pula masing-masing berada pada tahap tidak sihat.

Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), melaporkan IPU di Minden meningkat daripada bacaan 53 pagi semalam kepada 191 pagi ini, menghampiri paras sangat tidak sihat.

Di Seberang Perai, bacaan dicatatkan adalah 143 manakala Seberang Jaya 139.

Ibu bapa dan waris membawa pulang anak-anak mereka selepas pihak sekolah menutup sesi persekolahan susulan keadaan jerebu yang serius di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa. Indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan Balik Pulau mencatatkan tahap sangat tidak sihat mulai jam 7 pagi iaitu IPU 203. - Foto ihsan Pembaca

Berita Harian X