X
Ahad, 15 September 2019 | 9:37am
Indeks Pencemaran Udara yang dicatatkan pagi ini di Sabah dan Sarawak http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html
Indeks Pencemaran Udara yang dicatatkan pagi ini di Sabah dan Sarawak http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html

Bacaan IPU di Sandakan meningkat

SANDAKAN: Keadaan jerebu di daerah ini semakin serius dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan peningkatan kepada 117 iaitu tidak sihat setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kualiti udara di daerah ini berada pada tahap tidak sihat bermula jam 5 petang semalam iaitu pada bacaan 101.

Tawau pula merekodkan penurunan iaitu kepada IPU 111 pada jam 8 pagi tadi, berbanding 152 pada jam 12 tengah malam tadi.

Setakat jam 8 pagi juga, kualiti udara di kawasan lain di Sabah adalah pada tahap sederhana dengan bacaan IPU di Kota Kinabalu adalah 75, Keningau (83), Kimanis (83) dan Labuan (91).

Berita Harian X