Khamis, 29 Ogos 2019 | 12:15pm
Perkhidmatan Teksi Motosikal Gojek.
Perkhidmatan Teksi Motosikal Gojek.

Orang awam dijemput jalani kajian perkhidmatan teksi motosikal

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjalankan Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal bermula hari ini hingga Sabtu minggu depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MIROS, kajian yang dilakukan secara dalam talian melalui pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/ itu menyasarkan penunggang motosikal dan orang awam bagi mengenal pasti tahap penerimaan pengguna jalan raya terhadap kebolehlaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini yang meliputi aspek keselamatan jalan raya, perundangan, aliran trafik, ekonomi, keselamatan sosial, kesihatan, budaya serta peralihan mod pengangkutan.

“Hasil dapatan daripada kajian ini akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia.

“Oleh itu, orang awam dijemput untuk menyertai kajian ini bagi menyuarakan pendapat dan pandangan berhubung perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pelaksanaan kajian itu susulan daripada keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos lalu yang bersetuju supaya perkhidmatan ride-hailing berasaskan motosikal dibenarkan dalam melaksanakan Proof of Concept di negara ini.

Bagaimanapun keputusan mengenainya akan dimuktamadkan setelah kajian terhadap aspek penting lain dikaji terlebih dahulu. – BERNAMA

Pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/
Pautan http://its.miros.gov.my/kajianteksimotosikal/

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X