Rabu, 28 Ogos 2019 | 12:33pm
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Najib terima RM1 juta elaun khas persaraan PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menerima bayaran khas RM1 juta selepas bersara sebagai Perdana Menteri seperti ditetapkan mengikut Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980.

Akauntan Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Natasha Rahimah Haryati Mohamad, dalam keterangannya berkata, pemberian khas itu dibuat pada Mei 2018.

Natasha Rahimah yang juga saksi kedua pendakwaan berkata, gaji kasar diterima Datuk Seri Najib Razak dari April 2009 hingga Mei 2008 berjumlah RM58,605.15.

“Sebagai ketua unit tuntutan dan saraan, saya bertanggungjawab memastikan bayaran gaji penjawat awam dan anggota pentadbiran di JPM.

“Saya juga mempunyai akses ke atas penyata pendapatan tahunan dan penyata gaji Najib dari Januari 2006 hingga Mei 2018,” katanya.

Saksi, Akauntan Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri, Natasha Rahimah Haryati Mohamad (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet bahagia Kabinet Perlembangaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Datuk Dr Farizah Ahmad (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaran kes 1MDB, Datuk Seri Najib Razak membabitkan 21 tuduhan pengubahan wang haram dan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan dana RM2.3 bilion. - Foto Zunnur Al Shafiq

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan kes dihadapi Najib berhubung dana 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Katanya, semua pembayaran dibuat ke akaun Affin Bank Berhad milik Najib.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Berita Harian X