Isnin, 19 Ogos 2019 | 9:12am
Laman sesawang JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/

Sri Aman catat IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR: Hanya Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi ini.

Berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 7 pagi tadi, IPU di Sri Aman mencatatkan bacaan 111, menurun daripada kategori sangat tidak sihat yang dicatatkan pada jam 12 tengah malam tadi.

Selain itu, sebanyak 61 kawasan mencatatkan IPU sederhana, termasuk Rompin dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri yang mencatatkan penurunan daripada IPU tidak sihat, masing-masing sehingga jam 2 dan 4 pagi tadi.

Menurut data JAS juga, sebanyak enam kawasan di Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU baik pagi ini.

Kawasan berkenaan adalah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah serta Limbang, Kapit dan Mukah, Sarawak.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan berbahaya jika melebihi 300.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

153 dibaca
Berita Harian X