Sabtu, 29 Jun 2019 | 7:31pm
Sebahagian daripada 21 pendaki program Ekspedisi Gunung Syue, Taiwan yang berjaya sampai ke puncak berketinggian 3,886 meter.
Sebahagian daripada 21 pendaki program Ekspedisi Gunung Syue, Taiwan yang berjaya sampai ke puncak berketinggian 3,886 meter.
INDAH… Pemandangan keindahan Gunung Syue Taman Negara Shei-Pa berketinggian 3,886 meter dari aras laut. - Foto BERNAMA

21 pendaki tawan Gunung Syue di Taiwan

TAIPEI: Seramai 21 pendaki membabitkan pengamal media dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyertai Ekspedisi Gunung Syue di Taman Negara Shei-Pa, di sini.

Pendakian selama empat hari ke gunung kedua tertinggi di Taiwan itu sempena memuliakan ulang tahun keputeraan dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini.

Ekspedisi mendaki Gunung Syue setinggi 3,886 meter dari aras laut yang dikendalikan Kelab Media Pahang itu menyaksikan peserta memulakan pendakian sejak Jumaat lalu sebelum menamatkan pendakian hari ini dan peserta dijangka tiba di tanah air pada 1 Julai ini.

Meskipun ada kalangan pendaki berusia lebih 50 tahun, ia tidak menghalang mereka merealisasikan impian untuk sampai ke puncak yang jaraknya 10.9 kilometer dari pintu rimba, Wuling Road.

Semua peserta memulakan pendakian ke puncak pada hari ketiga ekspedisi pada 28 Jun, kira-kira jam 6 pagi sebelum peserta pertama tiba seawal jam 10 pagi.

Antara peserta yang mengambil bahagian, Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad dan Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin.

Turut serta wakil BH terdiri daripada Penyunting Eksekutif, Abdul Razak Raaf dan wartawan BH Biro Pahang, Muhamad Fairoz Azizan serta jurugambar The New Straits Times (M) Berhad (NSTP), Zulkepli Osman.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meraikan semua peserta serta melepaskan program ekspedisi pendakian di Istana Negara, pada 25 Jun lalu.

Kelab Media Pahang mula aktif dalam sukan mendaki sejak 2014 dan sudah menganjurkan program mendaki di beberapa gunung di dalam dan luar negara.

Antara gunung yang pernah didaki Gunung Fan Sifan, Vietnam; Gunung Kerinci, Indonesia; Gunung Pulag, Filipina; Pangkalan Hadapan Annapurna (ABC), Nepal dan Gunung Daik, Indonesia.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X