Khamis, 6 Jun 2019 | 4:53pm
Pakar selam dan jurulatih skuba membuat kelainan dengan memakai baju Melayu ketika menyelam. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna
Pakar selam dan jurulatih skuba membuat kelainan dengan memakai baju Melayu ketika menyelam. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna

Menyelam sambil menggayakan baju Melayu, baju kurung

SEMPORNA: Industri menyelam yang semakin berkembang di daerah ini menyebabkan pakar selam dan jurulatih skuba terpaksa bekerja ketika Aidilfitri.

Presiden Persatuan Penyelam Profesional Semporna, Abdul Razak Ismail, berkata tempahan untuk aktiviti air di Sipadan, Mataking dan beberapa pulau lain di daerah ini penuh sepanjang musim perayaan kali ini.

Katanya, kebanyakan pengunjung adalah daripada China dan beberapa negara Eropah yang membuat tempahan untuk menyelam dan selam skuba.

“Ahli kami perlu mengikut giliran mengambil cuti untuk menyambut hari raya. Sepanjang hari, kami berada di dasar laut.

“Tahun ini kami buat kelainan dengan memakai baju Melayu ketika menyelam,” katanya sambil memaklumkan baju tradisi itu boleh dipakai dalam air dan tidak menjejaskan daya apung mereka.

Pakar selam dan jurulatih skuba terpaksa bekerja ketika Aidilfitri. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna
Pakar selam dan jurulatih skuba terpaksa bekerja ketika Aidilfitri. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna

Baju Melayu ini boleh dipakai dalam air dan tidak menjejaskan daya apung mereka. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna
Baju Melayu ini boleh dipakai dalam air dan tidak menjejaskan daya apung mereka. - Ihsan Persatuan Penyelam Profesional Semporna

Dengan cara itu juga, katanya, mereka boleh berkongsi suasana perayaan dan budaya dengan pelancong.

Katanya, ada antara penyelam dari Eropah turut memakai baju kurung ketika menyelam bersama mereka selepas mengetahui rancangan persatuan berkenaan memakai pakaian tradisi.

“Hari ini (hari kedua Aidilfitri), ada ahli persatuan membawa kuih raya dan makanan lain. Kami gembira berkongsi makanan dengan penyelam lain terutama daripada negara lain supaya mereka boleh belajar budaya kita,” katanya.

Abdul Razak turut menggesa agar kebajikan penyelam yang bekerja ketika cuti umum akan diambil berat terutama daripada segi bayaran tambahan.

Berita Harian X