Rabu, 5 Jun 2019 | 12:09pm
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga, kiri) berkenan berangkat pada Majlis Ramah Mesra dan Santapan Raya bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Istana Negara hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) dan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri). - Foto BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunjukkan kek kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Ramah Mesra dan Santapan Raya bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) mengambil juadah pada Majlis Ramah Mesra dan Santapan Raya bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara hari ini. Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). - Foto BERNAMA

Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, baginda berdua menerima menghadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara.

Baginda kemudian berkenan bersantap bersama anggota Kabinet kerajaan, kerabat, dif kenamaan utama dan duta asing di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.

Baginda turut beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir selepas majlis santapan yang berlangsung kira-kira sejam. – BERNAMA

Berita Harian X