Isnin, 20 Mei 2019 | 8:25pm

BH, JCorp agih lebih 3,000 bubur lambuk

JOHOR BAHRU: Sebanyak 3,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019, di Larkin Sentral hari ini.

Majlis agihan bermula jam 5 petang tadi disertai Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim serta Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Agihan selama setengah jam itu bermula di tingkat bawah bangunan Larkin Sentral, termasuk kawasan pelepasan penumpang, ruang jualan tiket dan ruang legar Larkin Sentral.

DATUK Kamaruzzaman (dua dari kiri) dan Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada sebahagian asnaf Dun Larkin. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
DATUK Kamaruzzaman (dua dari kiri) dan Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada sebahagian asnaf Dun Larkin. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan beras sumbangan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Izhar Ahmad.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp hari ini diakhiri dengan Majlis Khatam al-Quran dan berbuka puasa yang diadakan di Masjid an-Nur Larkin Sentral, di sini.

DATUK Ahmad Zaini (kanan) agih bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Larkin Sentral. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin
DATUK Ahmad Zaini (kanan) agih bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Larkin Sentral. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Pagi tadi, hampir 100 anggota pekerja gabungan tujuh syarikat kumpulan JCorp menyediakan 14 periuk bubur lambuk dengan menampilkan tujuh resipi berbeza.

Seramai tujuh tukang masak profesional dan separa profesional menjayakan penyediaan memasak tujuh resipi bubur lambuk antaranya bubur lambuk kambing, lembu dan tulang.

Larkin Sentral menjadi lokasi kedua penganjuran Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 selepas Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, kelmarin.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (kiri) bersama Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua dari kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Larkin Sentral. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

DATUK Kamaruzzaman Abu Kassim (kanan) bersama Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua dari kanan) mengagih bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Larkin Sentral. - NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Berita Harian X