Jumaat, 17 Mei 2019 | 5:29pm

RON97 turun 2 sen, RON95, diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun dua sen kepada RM2.68 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini, berkata harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.38 dan RM2.45 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 18 Mei sehingga 24 Mei berjumlah RM99.19 juta,” katanya.

Berita Harian X