Jumaat, 17 Mei 2019 | 3:57pm
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Putra dan berkenan menunaikan Solat Jumaat sempena lawatan rasmi baginda ke Melaka ketika di Masjid Tanah. - Foto Rasul Azli Samad

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah

ALOR GAJAH: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan merasmikan Masjid Jamek Putra di sini yang dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah sempena nama Seri Paduka.

Seri Paduka berangkat tiba di masjid berkenaan jam 12.30 tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah.

Ketibaan Seri Paduka disambut Yang di-Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan EXCO kerajaan negeri Melaka.

Masjid bernilai RM6.5 juta itu mula dibina pada 2015 dan siap sepenuhnya pada September 2017.

Seri Paduka turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar tahfiz dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) di sekitar Masjid Tanah sebelum berangkat meninggalkan Masjid Al-Sultan Abdullah jam 2.10 petang. - BERNAMA

Berita Harian X