Khamis, 16 Mei 2019 | 9:06pm
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (duduk, tengah) berkenan berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim dekat Bukit Palah. - Foto BERNAMA

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat Melaka

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini, hari ini.

Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kira-kira jam 6.50 petang disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari; isterinya, Dalilah Awaludin; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 2,000 rakyat negeri ini.


AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) diiringi Yang Dipertua negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob bersama Ketua Menteri, Adly Zahari beramah mesra bersama jemaah ketika berkenan menunaikan solat maghrib selepas majlis berbuka puasa di Dataran Pusat Islam Melaka, Masjid Al-Azim, Bukit Palah. - Foto Rasul Azli Samad

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. – BERNAMA

Berita Harian X