Sabtu, 11 Mei 2019 | 6:36pm
Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (lima dari kiri) bersama Pengarah Operasi Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Shahrul Nizam Abdullah (lima dari kanan), Pengurus Kanan Pengiklanan The New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Wan Rafilin Mohd Nor (kiri) serta Pengerusi Masjid Jamek Kodiang, Fauzi Othman, 53, (tiga dari kiri) bergambar beramai pada Majlis Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk di Kolaborasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

BERNAS raikan penduduk Kodiang

KUBANG PASU: Seramai 500 penduduk Kodiang termasuk anak yatim serta asnaf dirai dalam majlis berbuka puasa sempena Program Semarak Ramadan BH 2019 di Masjid Jamek, di sini.

Kolabarosi bersama Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional (BERNAS) itu turut menyaksikan 50 keluarga asnaf menerima bantuan beg makanan yang mengandungi keperluan harian dan duit raya.

Seramai 28 anak yatim turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan Pengarah Operasi BERNAS, Shahrul Nizam Abdullah.

Sebelum itu, sebanyak 1,000 bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai serta peniaga di bazar ramadan di pekan Kodiang pada jam 5 petang.

Menariknya, bubur lambuk yang dimasak oleh kakitangan BERNAS bersama jawatankusa Masjid Jamek itu menggunakan beras perang.

Sementara itu, bagi penerima sumbangan, Nabila Nastasya Md Zakaria, 13, dia sangat bersyukurmenerima sumbangan baju dan duit raya.

Katanya, tahun ini dia dapat bergaya dengan dua pasang baju raya hasil sumbangan berkenaan serta yang dibelikan oleh kakaknya.

Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kanan) bersama Pengarah Operasi Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Shahrul Nizam Abdullah (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada peniaga di Bazaar Ramadan Kodiang ketika melawat Bazaar di Kolaborasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

“Saya dibesarkan oleh abang saya setelah kematian kedua orang tua saya, saya menumpang kasih dengan kakak dan abang sejak kecil,”katanya yang tinggal di Kampung Kubang Beruang.

Warga emas, Minah Din, 71, dari Kampung Damai, bersyukur dipilih menerima bantuandaripada BH dan BERNAS.

PENGARANG Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf turut bersama Pengarah Operasi Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Shahrul Nizam Abdullah (kiri) di Masjid Jamek, Kodiang. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Katanya, dia tidak mempunyai sumber pendapatan melainkan mengharapkan tiga orang anaknya.

“Bantuan ini amat bermakna bagi saya, bantuan berupa makanan asas dan duit raya dapatlah saya gunakan sepanjang Ramadan,”katanya.

Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim di Masjid Jamek, Kodiang. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

KEPRIHATINAN rakyat Malaysia untuk meraikan golongan kurang berkemampuan dan anak yatim ketika Ramadan amat tinggi. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

DATUK Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kiri) bersama Pengarah Operasi Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Shahrul Nizam Abdullah (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada peniaga di Bazaar Ramadan Kodiang. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

ANAK-ANAK yatim Kodiang melihat pameran jenis-jenis beras di Kolaborasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

PEMBANTU Tadbir Jabatan Pengurusan Kilang Beras Bernas Pejabat Wilayah Utara, Hasliza Karia (tiga kanan) memberi taklimat jenis-jenis beras kepada anak-anak yatim Kodiang di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

Berita Harian X