Sabtu, 11 Mei 2019 | 12:10am
Petugas mengantung banting ketika membuat persiapan Kolabarasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

Semarak Ramadan BH di Kodiang

KUBANG PASU: Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk istimewa akan diedarkan sempena Program Semarak Ramadan BH 2019 bersama program Ikhlas Ramadan BERNAS, esok.

Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS, Rozaliwati Nor Abdul Rahim, berkata program berkenaan akan turut meraikan golongan kurang bernasib baik.

“Selain pengagihan bubur lambuk, kita turut menyerahkan bantuan barang keperluan kepada 50 keluarga terpilih, selain bantuan bagi meringankan beban 28 anak yatim dan 50 asnaf.

“Justeru, masyarakat setempat dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di Masjid Jamek Kodiang esok,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ini kali pertama BERNAS bekerjasama dengan BH sejak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ikhlas bermula pada 2016.

Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS, Rozaliwati Nor Abdul Rahim (kiri) dan Pengerusi Masjid Jamek Kodiang, Fauzi Othman. - Foto Sharul Hafiz Zam
Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS, Rozaliwati Nor Abdul Rahim (kiri) dan Pengerusi Masjid Jamek Kodiang, Fauzi Othman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Eksekutif Aktiviti Strategik Komunikasi Komersial, Mohamad Rafiz Abu Bakar (dua kanan) bersama petugas mengantung banting ketika membuat persiapan Kolabarasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

“Kita pilih Kodiang kerana berhampiran dengan lokasi kilang dan diharapkan program ini dapat mengumpulkan penduduk kampung, sekali gus mengeratkan silaturahim sesama kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Jamek Kodiang, Fauzi Othman, berkata pihaknya teruja kerana penganjur memilih masjid berkenaan sebagai tempat program.

Eksekutif Aktiviti Strategik Komunikasi Komersial, Mohamad Rafiz Abu Bakar (dua kiri) bersama petugas menyusun banting untuk digantung ketika membuat persiapan Kolabarasi Program Semarak Ramadan Berita Harian Bersama Program Ikhlas Ramadan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Masjid Jamek, Kodiang. - Foto Sharul Hafiz Zam

“Sebelum ini, masjid sememangnya diimarahkan dengan kegiatan harian seperti kuliah subuh dan bacaan al-Quran. Namun, program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara penduduk.

“Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang membantu memeriahkan sambutan Ramadan masyarakat di sini,” katanya.

Berita Harian X